1) | Motosikal model baru yang dipohon melalui sistem VTA ini perlulah mematuhi standard pelepasan ekzos EURO 4 dan juga standard pematuhan bunyi bising UNR41-04 bermula 1 Januari 2020. Hal ini adalah selaras dengan surat notifikasi yang dikeluarkan oleh pihak JAS dengan no. rujukan AS(U) 91/110/611/167 (39). |
2) | Kenderaan berenjin petrol model baru yang dipohon melalui sistem VTA ini perlulah mematuhi standard pelepasan ekzos EURO 4 dan juga standard pematuhan bunyi bising UNR51-01/02 bermula 1 Julai 2020. Hal ini adalah selaras dengan surat notifikasi yang dikeluarkan oleh pihak JAS dengan no. rujukan AS(U) 91/110/610/395 Jilid 2 (49). |